SENARAI NILAI MORAL

 

NILAI-NILAI MORAL DAN DEFINISI

 

 

Bil

Nilai

Penerangan/Definisi

 

1

Kepercayaan kepada Tuhan

Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhannya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip rukun negara.

 

2

Amanah

Sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain

 

3

Harga Diri

Keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan menjaga maruah diri dalam kehidupan

 

4

Bertanggungjawab

Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna

 

5

Hemah Tinggi

Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian

 

6

Toleransi

Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup

 

7

Berdikari

Kebolehan dan kesanggupan  melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain.

 

8

Kerajinan

Usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan ,kecekalan,kegigihan,dedikasi dan berdaya maju dalam melakukan sesuatu perkara

 

9

Kasih Sayang

Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta

berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas.

 

10

Keadilan

Tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah

 

11

Rasional

Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar.

 

 

 

12

Kesederhanaan

Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sana ada dalam pemikiran, pertuturan atau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain.

 

13

Kasih Sayang terhadap keluarga

Perasaan cinta,kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan terhadap keluarga.

 

14

Hormat dan taat kepada anggota keluarga

Memuliakan setiap anggota keluarga dengan berinteraksi dan memberi layanan secara bersopan untuk mewujudkan keluarga yang bahagia

 

15

Mengekalkan tradisi kekeluargaan

Menerima,menghormati,mengamalkan adat dan kepercayaan yang diwarisi secara turun temurun dalam keluarga

 

16

Tanggungjawab terhadap keluarga

Kewajipan yang harus dilaksanakan oleh setiap individu terhadap keluarga  untuk melahirkan keluarga bahagia, meningkatkan imej dan  menjaga maruah keluarga

 

17

Menyayangi dan menghargai Alam Sekitar

Kesedaran tentang perlunya memelihara dan memulihara    alam sekeliling untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem.

 

18

Keharmonian antara manusia dengan alam sekitar

Keadaan saling memerlukan hubungan yang harmonis antara manusia dengan alam sekeliling supaya kualiti kehidupan manusia dan alam sekeliling terpelihara

 

19

Kemapanan Alam Sekitar

Pengekalan keseimbangan alam sekeliling sebagai tanggungjawab bersama untuk kesejahteraan hidup

 

20

Peka terhadap isu-isu Alam Sekitar

Prihatin terhadap persoalan yang berkaitan dengan alam sekeliling dan  berusaha menyelesaikannya

 

21

Cinta akan Negara

Perasaan sayang dan bangga kepada negara serta meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri

 

22

Taat Setia kepada Raja dan Negara

 

Kepatuhan dan kesetiaan kepada raja dan Negara

23

Sanggup berkorban untuk Negara

Kerelaan melakukan atau menyerahkan sesuatu  sebagai tanda kebaktian untuk negara

 

 

24

Melindungi Hak kanak-kanak

Membela, memberi naungan dan memelihara hak kanak-kanak bagi menjamin kehidupan meraka yang sempurna

 

25

Menghormati Hak Wanita

Melindungi dan mengiktiraf wanita sebagai individu yang boleh memberi sumbangan dalam pembangunan keluarga,masyarakat dan negara

 

26

Melindungi hak pekerja

Menghormati,menghargai dan mengiktiraf  perkhidmatan jasa dan sumbangan golongan pekerja dalam pembangunan negara

 

27

Menghormati hak golongan kurang berupaya

 

Memberi layanan yang sopan kepada golongan kurang berupaya supaya tidak berasa tersisih dan mengiktiraf mereka sebagai insan ciptaan tuhan

 

28

Melindungi hak pengguna

Membela dan memelihara hak individu untuk menjadi pengguna yang berilmu, mendapat perkhidmatan serta barangan yang berkualiti dan tidak mudah dieksploitasi.

 

29

Mematuhi peraturan dan undang-undang

Menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditentukan tanpa mengira sesiapa dan di mana seseorang itu berada.

 

30

Kebebasan bersuara

Kebebasan berucap dan mengeluarkan fikiran dengan batasan tertentu bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman

 

31

Kebebasan beragama

Kebebasan setiap individu menganuti dan mengamalkan agamanya seperti yang diperuntukkan dalam perlembagaan Malaysia

 

32

Penglibatan diri dalam pembangunan Negara

Kebebasan untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pembangunan negara dengan mematuhi peraturan,undang-undang dan perlembagaan Malaysia.

 

33

Sikap keterbukaan

Bersedia memberi dan menerima pandangan,pembaharuan dan kritikan selaras dengan kebenaran fakta dan norma masyarakat Malaysia.

 

34

Hidup bersama secara aman

Hidup berbaik-baik antara satu sama lain dengan mengutamakan kedamaian dan keharmonian hidup tanpa mengira agama,bangsa dan budaya.

 

 

35

Saling membantu dan bekerjasama

Usaha yang baik dan membina yang dilakukan bersama pada peringkat individu, komuniti dan Negara untuk mencapai sesuatu matlamat.

 

36

Saling menghormati antara negara

Menghargai dan memuliakan hubungan antara Negara untuk menjamin kesejahteraan sejagat.

 

 

 

PERINGATAN

Pelajar digalakkan untuk menghafal kata-kata kunci untuk setiap nilai. Pelajar mesti menghafal sekurang-kurangnya dua kata kunci. Apabila pelajar diminta untuk menerangkan/menghuraikan/menjelaskan nilai, pelajar cuma perlu menjelaskan kata-kata kunci sahaja. Jangan tulis kesemua definisi nilai berkenaan. Semoga kata-kata kunci di atas yang berwarna biru membantu anda untuk mencapai keputusan cemerlang dalam SPM.