Selamat Datang ke web Cikgu Nurdin

Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website cikgu ini hanyanlah sedikit sumbangan kecil yang diharapkan dapat membantu pelajar-pelajar cikgu dan untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani.  

 

10 Tip Menghadapi Peperiksaan

Usah panik apabila masuk dewan peperiksaan kerana ia mampu buat calon lupa 50 peratus dipelajari

Justeru, Pakar Motivasi dan Pemilik MAP Training & Consultancy Sdn Bhd, Dr Tengku Asmadi Tengku Ahmad, memberi panduan apa yang perlu dilakukan bagi mengelak kekusutan di saat akhir.


1. Jangan panik
Sebaik melangkah masuk ke dewan peperiksaan, jangan panik kerana ia mampu membuatkan kita lupa 50 peratus apa yang sudah dipelajari selama ini. Tanamkan keyakinan dalam diri anda boleh menjawabnya.


2. Kajian terhadap topik dan pemetaan maklumat
Semak sama ada anda memahami sepenuhnya, separuh atau tidak memahami langsung bab berkenaan. Jika ada bab yang belum difahami sepenuhnya, segera buat peta minda dengan mencatat maklumat penting yang berkaitan.


3. Semak soalan tahun lalu (setiap subjek)
Biarpun soalan akan berubah setiap tahun, anda tetap perlu menyemaknya untuk membandingkan kekerapan topik berkenaan keluar dalam setiap peperiksaan.


4.Banyakkan pembelajaran secara output learning
Di saat-saat akhir, anda seharusnya banyak mengulang kaji pelajaran secara output learning iaitu mengeluarkan kembali kefahaman anda kepada bentuk lakaran ataupun menerangkan kepada rakan. Ia dapat membantu menguatkan ingatan terhadap sesuatu mata pelajaran.


5. Memperbanyakkan latih tubi dan ujian simulasi
Satu cara untuk menguji sejauh mana pemahaman anda terhadap sesuatu subjek adalah melalui latihan berterusan (latih tubi) dan soalan tahun sebelumnya. Ia mampu menolong anda mengatasi bahagian subjek yang lemah.


6. Nota ringkas
Nota ringkas amat penting dan berguna kerana ia senang dibawa ke mana saja. Anda boleh membaca catatan nota ringkas berkenaan di waktu terluang.


7. Pastikan mendapat tidur dan rehat secukupnya
Biar sesibuk mana sekalipun, anda perlu mendapat tidur dan rehat cukup. Jangan lupa bersenam sekurang-kurangnya 10 minit bagi memastikan badan kekal cergas. Pengaliran oksigen yang baik boleh menghasilkan otak yang cerdas.


8. Pemakanan berkhasiat dan seimbang
Elak mengambil terlalu banyak makanan yang mengandungi kafein kerana anda mungkin akan sukar tidur dan hilang tumpuan.


9. Kawal emosi
Elak terbabit dalam sebarang konflik yang boleh menggugat ketenangan emosi di saat anda akan menduduki peperiksaan. Jangan menimbulkan sebarang pertelingkahan atau terasa hati dengan rakan-rakan atau keluarga kerana ia boleh menggugat ketenangan ketika menjawab soalan kelak.


10. Banyakkan berdoa dan bersolat
Sebagai makhluk yang lemah, kita memang tidak dapat lari daripada berdoa kepada Allah s.w.t. Bagi yang beragama Islam, anda perlu memper banyakkan solat hajat, tahajud dan berdoa memohon bantuan-Nya. Sebelum melangkah ke dewan peperiksaan, pohon keampunan dan keredaan daripada ibu bapa dan guru.

Sila berikan komen yang membina. Terima kasih...

Date: 09/12/2013

By: Cikgu Jamilah

Subject: bagus

Assalamualaikum. Dr. Lee suggested web ini sebagai contoh untuk paper SEPM 105. Dia cakap yang terbaik jadi saya pun lawatlah. Memang betul apa dia cakap. Tahniah.

Date: 12/12/2013

By: nurdin sulaiman

Subject: Re: bagus

Terima kasih cikgu...sebenarnya tak lah hebat sangat, kita sama2 belajar cikgu...sukses ya!!!

Date: 13/12/2013

By: Cikgu Jamilah

Subject: Re: Re: bagus

Silalah bertandang ke web saya dan sila bagi komen pula...
16 Januari 2013 mau submit sudah...

https://pen-merah.webnode.com/motivasi/

Date: 18/01/2012

By: Cikgu Surinah

Subject: Ba apalagi..ne la ckgu cmerlang, gemilang ,& terbilang

Mantap web.. topik-topik yang berguna dan membina...TAHNIAH cikgu...Terima kasih atas tunjuk ajar dan perkongsian ilmu.

Date: 30/12/2011

By: ABS

Subject: Lawalah...

Terbaik Bro....

Date: 22/12/2011

By: Kam

Subject: tahniah!

Din, kau jugalah..... Web yang lengkap dengan ilmu pengetahuan untuk dikongsi di samping radio sebagai hiburan kepada pelawat setia.... gua percaya sama lu.... Selamat Tahun Baru 2012....

Date: 16/12/2011

By: Cikgu Elizah

Subject: Terima kasih Cikgu DIn

Tahniah cikgu, " sungguh luar biasa", tengkiu kerana byk sharing sharing. Good luck in our exam tomorrow !! Jia yoooo!! Aja aja hwaeting^^

Date: 16/12/2011

By: Eliz

Subject: hebat ba

terima kasih cikgu Nurdin... segala ilmu yang dikongsi amat dihargai. sukses selalu ya..

Date: 16/12/2011

By: christina

Subject: cikgu bestari

u hv done so much 2 help all of us....tau la kami ni bkn pakar IT...oleh kerana hatimu yg baik ni, dpt juga kita orang sama2 berjaya buka website peribadi ni....tq cikgu din....

Date: 16/12/2011

By: Herna

Subject: Perfect

Ringkas tapi padat dan mudah d fahami....

1 | 2 | 3 >>

New comment

Saya berasal dari Tawau. Sekarang saya sedang bertugas sebagai guru di Sekolah Tinggi Cina Sabah, Tawau. Mengajar Pendidikan Moral dan juga menjawat jawatan sebagai Head of Moral Department. Saya menerima pendidikan awal di SK Bukit Quin, Tawau dan SK Tanjung Batu, Tawau. Saya meneruskan pelajaran di SMK Tawau 1988-1994. Saya melanjutkan pelajaran di New Era Kolej dalam bidang pendidikan di peringkat Diploma.

News

Objektif Kajian Tindakan

16/12/2011 15:24
kumpulan 2: Objektif kajian tindakan.ppt (173,5 kB)

Senarai Nama dan Laman Web Guru Pelatih

14/12/2011 18:00
KOLEJ NEW ERA, KUALA LUMPUR KURSUS: DIPLOMA PENDIDIKAN 2010/2012 SUBJEK : MULTIMEDIA PENSYARAH: DR. LEE SEE SENG   Bil Nama Penuh web address 1  Dr. Lee See...

Bantuan RM100 kepada semua pelajar

13/12/2011 15:56
Berita Harian 11 November 2011 - Bantuan persekolahan RM100 sudah disalurkan __________________________________________________________________________________________________________________________________

PPSMI

13/12/2011 15:24
Berita Harian 11 November 2011 - Sebahagian besar murid tak upaya ikuti PPSMI ___________________________________________________________________________________________________________________________________

MBMMBI

13/12/2011 15:07
SURAT SIARAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BILANGAN 6 TAHUN 2011: PINDAAN PERKARA 6 DAN LAMPIRAN DALAM SURAT SIARAN KPM BILANGAN 5 TAHUN 2011: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN DASAR MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS (MBMMBI) 17th November 2011  

Tags

Pendidikan Moral SPM

15/12/2011 00:01
INSAN BERMORAL ADALAH INSAN YANG BAHAGIA Bila kita bermoral, masyarakat menyayangi dan menyukai kita, Tuhan juga sayang akan kita, yang paling penting, hati kita lapang, selesa dan bahagia.   SEMOGA BERJAYA PENDIDIKAN MORAL TIDAKLAH SUSAH. YANG PENTING USAHA SEDIKIT,...